Perutusan




PERUTUSAN PENGARAH KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
Ditulis oleh : Norsuzilawate | 2011-02-17 11:23:15


Radiah Binti Che Su

Assalamualaikum  wbt dan salam 1 Malaysia
                Dalam menyahut dan merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahir dan membangunkan modal insan yang berkualiti tinggi, usaha-usaha untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan perlu dilaksanakan agar dapat membentuk modal insan yang berintelek dalam bidang sains dan teknologi termasuklah dalam menggilap keupayaan keusahawanan serta memupuk nilai-nilai positif dan progresif dalam setiap individu.
                 Jabatan Pengajian Kolej Komuniti KPTM dalam usaha menggilap keupayaan keusahawanan modal insan yang dilahirkan kolej komuniti telahpun merangka dan menggariskan satu Pelan Pengukuhan Keusahawanan yang telah menjadi panduan dan rujukan setiap kolej komuniti di seluruh Malaysia. Pelan Pengukuhan Keusahawanan JPKK ini telah dirangka selari dengan Dasar Pembangunan Keusahawanan IPT serta mengambil kira Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara serta lain-lain dasar ke arah melahirkan usahawan berprestasi tinggi yang berdaya maju.
                 Pusat Pembangunan Keusahawanan Kolej Komuniti (PUSKOM) ditubuhkan di peringkat JPKK bagi menyelaras semua aktiviti keusahawanan setiap kolej. Alhamdullillah, Kolej Komuniti Kuala Terengganu telahpun menubuhkan e-Tech Centre Kolej Komuniti Kuala Terengganu yang bergerak di bawah PUSKOM.
                 e-Tech Centre KKKT berusaha untuk memberi komitmen sebaiknya bagi menjayakan agenda keusahawanan di peringkat kolej. Pelbagai program dianjurkan bagi memupuk, memantapkan dan mengukuhkan nilai-nilai keusahawanan dalam diri pelajar dan peserta Kolej Komuniti Kuala Terengganu.
                 Syabas dan tahniah kepada semua Jawatankuasa PUSKOM dan e-Tech Centre Kolej Komuniti KPTM kerana dengan usaha dan kerjasama yang diberikan telah memperlihatkan PUSKOM antara barisan terkehadapan dalam merealisasikan Dasar Keusahawanan IPT negara ini.  Syabas dan tahniah diucapkan.

RADIAH BINTI CHE SU
PENGARAH
KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU